[Gempar] Polis Terima Laporan Bangkai Pesawat Dipercayai MH370 Ditemui Di Selatan Filipina. Foto Lokasi Di Dalam..



KOTA KINABALU: Seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa anak saudaranya menemui bangkai sebuah pesawat tertera bendera Malaysia di sebuah pulau di selatan Filipina. Dalam laporannya, lelaki terbabit mendakwa anak saudaranya yang berasal dari Tawi-Tawi di negara jiran itu menemui bangkai pesawat berkenaan yang dipercayai MH370 di Pulau Ubian awal September lalu.

Difahamkan laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, hari ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu tetapi berkata maklumat berkenaan masih disiasat.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Sandakan oleh seorang lelaki bernama Jamil Omar pada Jumaat.

Menurut Jalaludin, pengadu mendakwa, ibu saudaranya Siti Kayam telah menemui satu bangkai kapal terbang di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi.

"Pengadu mendakwa, ibu saudaranya telah memasuki bangkai pesawat itu dan melihat terdapat banyak rangka manusia dan telah menemui sehelai bendera Malaysia berukuran 70 inci panjang dan 35 inci lebar," katanya.

Justeru, katanya, Cawangan Khas Polis akan mengambil keterangan daripada pengadu bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai perkara itu.

Beliau bagaimanapun, menegaskan, sama ada maklumat itu benar atau tidak, ia belum dapat dipastikan setakat ini.

Sugbay

Previous
Next Post »